Monday, April 20, 2015

dernière réunion

"Apakah maksud tajuk entri ini?" saya yakin itulah soalan pertama terlintas di benak fikiran terdetik di dalam hati. Jangan risau,anda tidak berseorangan dalam menakrifkan maksud rangkai kata tersebut kerana saya juga tidak faham akannya. Last meeting. 6 April 2015, sekali lagi tandas blok C menjadi saksi akan perjumpaan pelajar JSE tahun 1 ini.
Perjumpaan ini dibuat bagi mendengar buat kali terakhirnya kerja-kerja bagi setiap divisi dan peruntukan bajet bagi setiap unit. Secara ringkasnya:

  1. PENGANGKUTAN
  • 5 buah kereta yang dibeli oleh bapa setelah pulang dari kota
  • Sebelum bertolak,berkumpul di hentian bas Kolej Kediaman Kelima pada jam 5 pagi!
  • Setiap pembayaran tol dan minyak perlu disertakan resit.
     2.  CENDERAHATI
  • Diperuntukkan sebanyak RM350.00
  • 12 hamper,RM20.00 setiap satu
  • Plak untuk pihak sekolah; anggaran RM7 setiap satu
  • Pembelian barang pada hari selasa petang
     3.  MULTIMEDIA DAN TEKNIKAL
  • Banner, peruntukan RM83.60
  • Button badge, peruntukan RM36.80
     4   TAJAAN
  • Masih menunggu letter head untuk menghantar surat memohon tajaan
  • Memperoleh sedikit sumbangan daripada pensyarah-pensyarah jabatan (banyak sebenarnya,, TERIMA KASIH PARA PENSYARAH )
     5.  PENGISIAN
  • Semua ahli diminta berkumpul pada 9 April, Khamis malam Jumaat (kahfi kamon) untuk persiapan barang-barang LDK
  • Senaraikan barang dan keperluan bajet untuk pembelian barang pada hari Selasa
  • Semua ahli diminta untuk mengumpulkan botol air terpakai dan kotak
Pada penghujungnya, timbalan pengarah, Sufi Nuralia (bukan sufi kau hilang) menetapkan pakaian bagi fasi semasa hari program.
    Majlis perasmian:    Hitam
    Majlis penutupan:    Biru
*setiap ahli juga diingatkan membawa blazzer APIUM bersama.
zoom kat abang Izzul

Malu-malu pulak abang ni..





"güneşte yanmayan gölgenin kıymetini bilemez"
(Who has never been burned in the sun won’t know the value of shadow.) 

5 comments:

  1. hahaha... not bad.. btw,seriously entri kali ni nikmat syukur yg post? :-0

    ReplyDelete
  2. not too serious..

    ReplyDelete
  3. Em..french..not bad. Anyway, cintailah bahasa kbangsaan kita

    ReplyDelete